Skip to content

Seksyen 3

Sekatan ke atas pengeksplorasian, pencarigalian dan perlombongan petroleum

of Akta Perlombongan Petroleum 1966

ActIn forceProvision 3 of 14
Seksyen 3
(1)

Tiada seorang pun boleh mengeksplorasi, mencari gali atau melombong, atau melakukan apa-apa perbuatan dengan tujuan untuk mengeksplorasi, mencari gali atau melombong, petroleum di atas mana-mana tanah kecuali menurut suatu lesen pengeksplorasian atau suatu perjanjian petroleum.

(2)

Mana-mana orang yang bertindak bertentangan dengan seksyen ini atau mana-mana syarat sesuatu lesen pengeksplorasian atau sesuatu perjanjian petroleum yang dikeluarkan kepadanya atau dibuat olehnya melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan,

Pelombongan Petroleum 7

boleh didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan segala jentera, alat, loji, bangunan dan harta lain bersama-sama dengan apa-apa galian atau hasil lain yang mungkin dijumpai di atau dibuktikan telah didapati daripada tanah yang diekplorasi, dicari gali atau dilombongi dengan cara yang menyalahi undang-undang sedemikian boleh dilucuthakkan.