Seksyen 8
Perjanjian petroleum
of Akta Perlombongan Petroleum 1966
Apabila sesuatu permohonan dibuat bagi maksud itu oleh mana-mana orang yang berhasrat hendak mengeksplorasi, mencari gali atau melombong petroleum Pihak Berkuasa Petroleum boleh, tertakluk kepada subseksyen (2) dan seksyen 9, membuat suatu perjanjian petroleum dengan orang itu berkenaan dengan mana-mana kawasan tanah yang termasuk dalam permohonan itu.
(2)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 9, tiap-tiap perjanjian petroleum hendaklah meliputi suatu kawasan tanah yang tidak melebihi 4,000 batu persegi, dan hendaklah dalam bentuk dan hendaklah mengandungi terma dan syarat contoh perjanjian petroleum di bawah perenggan 12(1)(i):
Dengan syarat bahawa Pihak Berkuasa Petroleum boleh membuat apa-apa pengubahsuaian dan penyisihan dan boleh menambahkan apa-apa fasal tambahan yang meliputi perkara yang berkaitan berkenaan dengan mana-mana perjanjian petroleum tertentu sebagaimana yang didapati perlu oleh Pihak Berkuasa Petroleum.