Seksyen 9
Perjanjian petroleum tunggal bagi kawasan berdampingan
of Akta Perlombongan Petroleum 1966
Walau apa pun subseksyen 8(2) dan tertakluk kepada subseksyen (2), Pihak Berkuasa Petroleum boleh membuat suatu perjanjian petroleum tunggal berkenaan dengan dua kawasan tanah berdampingan atau lebih walaupun jumlah kawasan yang diliputi oleh perjanjian itu melebihi 4,000 batu persegi.
(2)
Jika jumlah kawasan yang diliputi oleh sesuatu perjanjian petroleum tunggal yang dibuat berkenaan dengan dua kawasan berdampingan atau lebih melebihi 4,000 batu persegi, obligasi berkenaan dengan komitmen perbelanjaan dan bayaran tahunan tetap di bawah perjanjian itu hendaklah dinaikkan secara berkadar mengikut kadar kawasan yang lebih itu berbanding dengan kawasan 4,000 batu persegi itu.
(3)
Bagi maksud seksyen ini, “kawasan berdampingan” ertinya kawasan yang terletak di atas struktur geologi yang sama atau meliputi suatu kumpulan struktur yang serupa dan berkaitan dari segi geologi.
Pelombongan Petroleum 11