Skip to content

Seksyen 14

Kebenaran untuk memasuki tanah beri hakmilik

of Akta Perlombongan Petroleum 1966

ActIn forceProvision 14 of 14
Seksyen 14
(1)

Jika seseorang pemegang lesen atau seseorang yang menjadi suatu pihak kepada sesuatu perjanjian petroleum telah tidak dibenarkan memasuki mana-mana tanah beri hakmilik oleh pemunya tanah itu, pemegang lesen atau orang itu boleh membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi mendapatkan kebenaran untuk memasuki tanah itu; dan Pihak Berkuasa Negeri itu boleh, tertakluk kepada subseksyen (2), memberikan kebenaran yang dipohon itu dengan syarat bahawa pemohon itu mengaku janji akan membayar pampasan bagi segala kerosakan yang mungkin disebabkan kepada tanah itu atau tanaman atau harta di dalamnya kerana kemasukan itu atau atas apa-apa syarat lain sebagaimana didapati perlu oleh

Pihak Berkuasa Negeri patut dikenakan.

(2)

Sebelum memberikan kebenaran di bawah subseksyen (1),

Pihak Berkuasa Negeri hendaklah memberi pemunya tanah beri hakmilik itu hak untuk didengar, dan kebenaran yang diberikan sedemikian muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(3)

Apabila dikemukakan kepada pemunya tanah beri hakmilik kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1), pemunya itu hendaklah membenarkan orang yang diberi kebenaran itu atau seseorang yang diberi kuasa olehnya memasuki tanah itu.

14

Undang-Undang Malaysia

(4)

Jika, selepas kebenaran yang disebut di bawah subseksyen

(1)

dikemukakan kepadanya, pemunya tanah beri hakmilik itu enggan atau tidak membenarkan orang yang diberi kebenaran itu atau orang yang diberi kuasa olehnya memasuki tanahnya, pemunya itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ringgit bagi tiap-tiap hari dia terus enggan atau tidak membenarkan orang itu masuk.

(5)

Bagi maksud seksyen ini ungkapan “pemunya” termasuklah pemegang gadaian, penerima pajak, penghuni atau mana-mana orang yang ada kepentingan mengenai tanah itu; dan ungkapan

“kemasukan” termasuklah penggunaan apa-apa hak yang terkandung dalam lesen atau perjanjian petroleum itu.