Skip to content

Seksyen 4

Orang yang boleh membuat permohonan

of Akta Perlombongan Petroleum 1966

ActIn forceProvision 4 of 14
Seksyen 4
(1)

Mana-mana orang yang berhasrat hendak mengeksplorasi, mencari gali atau melombong petroleum boleh memohon mengikut

Akta ini bagi mendapatkan suatu lesen pengeksplorasian atau suatu perjanjian petroleum berkenaan dengan mana-mana kawasan tanah.

(2)

Tiap-tiap permohonan bagi mendapatkan lesen pengeksplorasian atau bagi mendapatkan petroleum hendaklah dipertimbangkan dan diluluskan atau ditolak, mengikut mana yang berkenaan, oleh Pihak

Berkuasa Petroleum.

(3)

Pihak Berkuasa Petroleum ialah—

(a)

berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di daratan, Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri di mana kawasan tanah di daratan itu terletak; dan

(b)

berhubung dengan sesuatu permohonan berkenaan dengan sesuatu kawasan tanah di luar pesisir, Yang di-Pertuan

Agong.