Skip to content

Seksyen 10

Pelantikan ketua pegawai eksekutif

of Akta 627

ActRepealedProvision 10 of 77
Seksyen 10
(1)

Seseorang hilang kelayakan untuk dilantik atau kekal sebagai ketua pegawai eksekutif seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan jika—

(a)

orang itu hilang kelayakan untuk dilantik sebagai pengarah di bawah subseksyen 9(1);

(b)

orang itu tidak dapat bekerja secara sepenuh masa; atau

(c)

orang itu sedang menjalankan apa-apa perniagaan atau pekerjaan lain, kecuali sebagai pengarah bukan eksekutif atau pemegang saham syarikat yang lain.

(2)

Tiada seorang pun boleh menyetujui terima pelantikan sebagai ketua pegawai eksekutif seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, dan tiada pengendali sedemikian boleh melantik seseorang sebagai ketua pegawai eksekutif pengendali itu, jika orang itu hilang kelayakan di bawah subseksyen (1).

(3)

Seorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah melantik seorang ketua pegawai eksekutif yang hendaklah—

(a)

seorang individu; dan

(b)

bermastautin di Malaysia sepanjang tempoh pelantikannya itu.