Skip to content

Seksyen 15

Perubahan kepada sistem pembayaran yang ditetapkan

of Akta 627

ActRepealedProvision 15 of 77
Seksyen 15
(1)

Jika Bank telah menetapkan dokumen dan maklumat di bawah subseksyen (2), seseorang pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan hendaklah mengemukakan kepada Bank butir-butir mengenai apa-apa cadangan perubahan kepada dokumen atau maklumat itu dalam masa tiga puluh hari sebelum perubahan sedemikian dibuat.

(2)

Bank, dalam menetapkan dokumen dan maklumat yang hendak dikemukakan di bawah subseksyen 5(3), boleh juga menetapkan dokumen dan maklumat yang baginya subseksyen (1) terpakai.

(3)

Jika tampak kepada Bank bahawa perubahan itu tidak sesuai, Bank boleh, sebelum tamat tempoh tiga puluh hari yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

melarang pengendali itu membuat perubahan sedemikian; atau

(b)

menghendaki pengendali itu membuat apa-apa perubahan lain yang ditentukan oleh Bank.