Seksyen 12
Kesan kehilangan kelayakan
of Akta 627
ActRepealedProvision 12 of 77
Seksyen 12
Jika seorang itu menjadi hilang kelayakan di bawah subseksyen 9(1) atau 10(1) selepas pelantikannya—
(a)
dia hendaklah dengan serta merta terhenti memegang jawatan itu; dan
(b)
pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan itu hendaklah dengan serta merta menamatkan pelantikannya;
dan orang itu, walau apa pun mana-mana kontrak perkhidmatan, tidak berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi kehilangan jawatan atau penamatan pelantikannya.