Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Akta 627

ActRepealedProvision 2 of 77
Seksyen 2
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“arahan pembayaran” atau “arahan penyelesaian” termasuklah sesuatu arahan untuk memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan transaksi mengenai dana atau sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan;

"Bank" ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan melalui Akta Bank Negara Malaysia 1958;

"dana" atau "wang" termasuklah apa-apa unit akaun atau unit nilai yang memudahkan pembelian barang atau perkhidmatan;

"data" ertinya gambaran maklumat atau konsep yang sedang diediakan atau telah diediakan dalam bentuk yang sesuai untuk kegunaan dalam komputer;

“ditentukan”ertinya ditentukan secara bertulis, dan kuasa untuk menentukan termasuklah kuasa untuk membuat penentuan yang berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran yang berlainan atau bagi kelas, kategori atau perihal orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran yang berlainan;

"ditetapkan"ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, dan suatu kuasa untuk menetapkan termasuklah kuasa untuk membuat peruntukan yang berlainan bagi orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran yang berlainan, atau bagi kelas, kategori atau perihal orang, sistem pembayaran atau instrumen pembayaran yang berlainan;

"Gabenor" ertinya Gabenor Bank dan termasuklah seseorang Timbalan Gabenor Bank;

"instrumen pembayaran" ertinya apa-apa instrumen, sama ada dapat dilihat atau tidak dapat dilihat, yang membolehkan seseorang memperoleh wang, barang atau perkhidmatan atau selainnya membuat pembayaran;

"instrumen pembayaran yang ditetapkan" ertinya sesuatu instrumen pembayaran yang ditetapkan sebagai instrumen pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen 24(1);

“ketua pegawai eksekutif”, berhubung dengan seseorang pengendali, ertinya orang yang tidak kira dengan nama apa jua dia disebut, sama ada secara individu atau bersama dengan seorang atau beberapa orang lain, bertanggungjawab, tertakluk kepada kuasa pengarah, bagi penjalanan perniagaan dan pentadbiran pengendali itu;

"komputer" ertinya apa-apa alat untuk merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau untuk melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihal apa jua alat itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih secara berkombinasi atau berturut-turut atau bagaimana jua pun dengan apa cara bergabung, ia hendaklah dianggap sebagai suatu komputer tunggal;

"output komputer" ertinya sesuatu pernyataan atau gambaran, sama ada dalam bentuk bertulis, bercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain yang—

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

(a)

dikeluarkan oleh suatu komputer;

(b)

ditayangkan pada skrin komputer; atau

(c)

diterjemahkan dengan tepat daripada suatu pernyataan atau gambaran yang dikeluarkan sedemikian;

"pegawai", berhubung dengan mana-mana ketuanpunyaan tunggal, syarikat, badan, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, termasuklah mana-mana pekerja dan ketua pegawai eksekutif;

"pengeluar"ertinya mana-mana orang, yang bertindak bersendirian atau di bawah perkiraan dengan orang lain, yang mengaku janji akan bertanggungjawab terhadap obligasi pembayaran berkenaan dengan sesuatu instrumen pembayaran berbangkit daripada instrumen pembayaran dikeluarkan kepada pengguna atau digunakan oleh pengguna;

"pengarah" ertinya mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah dengan nama apa jua dia disebut dan termasuklah pengarah silih ganti atau gantian, dan tanpa menjejaskan peruntukan yang terdahulu, dalam hal—

(a)

sesuatu koperasi, ertinya seseorang anggota Lembaga Pengarah, atau badan pengelola lain koperasi itu;

(b)

sesuatu badan berkanun, ertinya seseorang anggota lembaga, jawatankuasa, majlis atau badan pengelola lain badan berkanun itu;

(c)

sesuatu perkongsian, ertinya seseorang pekongsi;

(d)

sesuatu ketuanpunyaan tunggal, ertinya tuan punya tunggal itu; dan

(e)

sesuatu syarikat, badan, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, termasuk yang disenaraikan dalam perenggan (a) hingga (d) di atas, ertinya seseorang yang menurut arahan dan suruhannya pengarah-pengarah atau pegawai-pegawai lazimnya bertindak atau seseorang yang mempunyai arahan dan kawalan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, ke atas pengurusan perniagaan atau hal ehwalnya;

"pengendali"ertinya mana-mana orang,yang bertindak bersendirian atau di bawah suatu perkiraan dengan.orang lain, bertanggungjawab bagi kaedah,tatacara dan pengendalian sesuatu sistem pembayaran tetapi tidaklah termasuk mana-mana orang yang ditetapkan oleh Bank;

"peserta" ertinya mana-mana orang yang dibenarkan oleh kaedah-kaedah yang mengelola sistem pembayaran untuk menghantar bayaran atau arahan penyelesaian kepada suatu sistem pembayaran dan terikat dengan kaedah-kaedah yang mengelola sistem pembayaran itu;

"risiko sistemik" ertinya—

(a)

risiko bahawa kegagalan seseorang peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya akan menyebabkan peserta lain menjadi tidak upaya untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya apabila kena dibayar; atau

(b)

risiko bahawa kegagalan seorang peserta atau pengendali untuk menunaikan obligasi pembayaran atau penyelesaiannya boleh menyebabkan masalah kecairan atau kredit ketara yang mungkin mengancam kestabilan pasaran kewangan;

"sistem pembayaran yang ditetapkan" ertinya suatu sistem pembayaran yang ditetapkan sebagai sistem pembayaran yang ditetapkan di bawah subseksyen 6(1);

"saudara" mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];

"sistem pembayaran" ertinya apa-apa sistem atau perkiraan bagi pemindahan, penjelasan atau penyelesaian dana atau sekuriti, tetapi tidaklah termasuk—

"sekuriti" mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498];

"sekutu perniagaan" mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989;

(a)

sesuatu sistem pembayaran yang dikendalikan oleh Bank di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958;

(b)

sesuatu pusat penjelasan yang diiktiraf di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280];

(c)

sesuatu pusat penjelasan yang dilesenkan di bawah Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 [Akta 499];

(d)

sesuatu sistem pembayaran dalaman yang dikendalikan oleh seseorang semata-mata untuk tujuan pentadbirannya sendiri yang tidak memindahkan, menjelaskan atau menyelesaikan dana atau sekuriti untuk pihak ketiga;

(e)

sesuatu sistem yang semata-mata memudahkan penggerakan arahan bayaran; dan

(f)

apa-apa sistem atau perkiraan lain sebagaimana yang boleh ditetapkan oleh Bank.