Seksyen 4
Fungsi Bank
of Akta 627
Bank hendaklah mempunyai segala fungsi dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini dan fungsi dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada yang telah diberikan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Gabenor hendaklah melaksanakan fungsi Bank bagi pihak Bank.
(2)
Bank boleh memberi kuasa mana-mana pegawainya untuk melaksanakan mana-mana fungsi Bank di bawah Akta ini.
(3)
Bank boleh, sama ada secara am atau dalam sesuatu hal tertentu, melantik seseorang yang bukan pegawai Bank untuk melaksanakan mana-mana atau kesemua fungsinya atau memberikan apa-apa bantuan dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.