Seksyen 3
Pemakaian
of Akta 627
ActRepealedProvision 3 of 77
Seksyen 3
(1)
Jika seseorang pengendali mengeluarkan instrumen pembayaran yang ditetapkan, pengendali itu hendaklah mematuhi kehendak-kehendak Bahagian III.
(2)
Jika seseorang pengeluar mengendalikan suatu sistem pembayaran, pengeluar itu juga hendaklah mematuhi kehendakkehendak Bahagian II.
(3)
Akta ini hendaklah terpakai bagi seseorang di luar Malaysia yang merupakan pengendali suatu sistem pembayaran jika sistem pembayaran itu menerima arahan pembayaran atau penyelesaian daripada peserta di Malaysia melainkan jika ditetapkan selainnya oleh Bank.