Skip to content

Seksyen 46

Pemeriksaan ke atas seseorang

of Akta 627

ActRepealedProvision 46 of 77
Seksyen 46
(1)

Seseorang pegawai penyiasat boleh memeriksa mana-mana orang yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai ada pada dirinya apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain atau barang lain yang perlu, pada pendapatnya, bagi maksud penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, dan bagi maksud pemeriksaan itu boleh menahan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan itu dan boleh memindahkan orang itu dalam jagaan ke mana-mana tempat yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu.

(2)

Seseorang pegawai penyiasat yang melakukan pemeriksaan ke atas seseorang di bawah subseksyen (1) boleh menyita, menahan, atau mengambil milik apa-apa harta, perkakas, kelengkapan, mesin, komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, atau barang, yang dijumpai pada diri orang itu bagi maksud penyiasatan yang sedang dijalankan olehnya.

Halangan terhadap penjalanan kuasa pegawai penyiasat

(3)

Tiada seorang perempuan pun boleh diperiksa di bawah seksyen ini atau di bawah seksyen 50 kecuali oleh seorang perempuan lain.