Seksyen 48
Kehendak supaya menyediakan terjemahan
of Akta 627
Jika seseorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain, dalam menjalankan mana-mana kuasa di bawah Bahagian ini, dan buku atau dokumen lain itu atau mana-mana bahagiannya adalah dalam suatu bahasa yang lain daripada bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, maka pegawai penyiasat itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang memiliki, menjaga atau mengawal komputer, output komputer, data, buku atau dokumen lain itu supaya memberi pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris output komputer, data, buku atau dokumen lain itu dalam suatu tempoh yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai penyiasat itu, dengan mengambil kira panjangnya output komputer, data, buku atau dokumen lain itu, atau keadaan lain yang berhubungan dengannya.
(2)
Tiada seorang pun boleh dengan disedarinya mengemukakan terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukan suatu terjemahan yang tepat, benar dan betul, atau dengan disedarinya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, benar atau jujur.
(3)
Jika orang yang dikehendaki supaya memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukan orang yang disyaki telah melakukan kesalahan yang sedang disiasat, Bank hendaklah membayarnya fi yang munasabah bagi terjemahan itu.