Skip to content

Seksyen 51

Penyitaan harta alih di institusi kewangan

of Akta 627

ActRepealedProvision 51 of 77
Seksyen 51
(1)

Jika Bank berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pegawai penyiasat bahawa mana-mana harta alih, termasuk apa-apa instrumen perwangan atau apa-apa pertambahan kepadanya, yang menjadi hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini atau keterangan berhubung dengan pelakuan kesalahan itu, ada dalam milik, jagaan atau kawalan sesuatu institusi kewangan, Bank boleh, walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang lain, dengan perintah mengarahkan institusi kewangan itu supaya tidak melepaskan, berurusan tentang, atau selainnya melupuskan harta itu atau mana-mana bahagiannya sehingga perintah berkenaan dibatalkan atau diubah.

(2)

Sesuatu institusi kewangan atau mana-mana ejen atau pegawai sesuatu institusi kewangan tidak boleh, oleh sebab mematuhi perintah di bawah subseksyen (1), dikenakan apa-apa pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang atau dikenakan apa-apa prosiding atau tuntutan oleh mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan, atau selainnya.

(3)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) melakukan kesalahan.

(4)

Dalam seksyen ini, "instrumen perwangan" termasuklah mata wang domestik atau mana-mana mata wang asing,cek kembara,cek peribadi,cek bank, kiriman wang,sekuriti pelaburan atau instrumen boleh niaga dalam bentuk pembawa atau selainnya dalam sedemikian bentuk sehingga hakmilik kepadanya berpindah apabila diserahkan atau apabila diserahkan dan dicatatkan.