Skip to content

Seksyen 60

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

of Akta 627

ActRepealedProvision 60 of 77
Seksyen 60
(1)

Gabenor boleh dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, menawarkan untuk mengkompaunkan mana-mana kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau di bawah peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan menyetujui terima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum, termasuk denda harian, jika ada, dalam hal kesalahan yang berterusan, yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh yang boleh ditentukan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu telah dilakukan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Gabenor, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Apabila diterima amaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu telah dibuat.