Skip to content

Seksyen 61

Kuasa untuk mengenakan penalti pentadbiran

of Akta 627

ActRepealedProvision 61 of 77
Seksyen 61
(1)

Bank boleh, melalui peraturan yang dikeluarkan di bawah seksyen 69, mengenakan penalti pentadbiran ke atas mana-mana orang bagi apa-apa kelengahan dalam mematuhi apa-apa arahan, garis panduan, piawaian, pekeliling, penentuan, perintah atau notis yang dikeluarkan oleh Bank berkenaan dengan mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Bank hendaklah, sebelum membuat keputusan untuk mengenakan apa-apa penalti pentadbiran ke atas seseorang, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya meminta dia memberikan sebab mengapa penalti pentadbiran itu tidak sepatutnya dikenakan ke atasnya.

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh notis bertulis itu, Bank boleh mengenakan suatu penalti pentadbiran yang amaunnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari dia tidak patuh dan amaun itu tidak boleh berjumlah melebihi lima ribu ringgit.