Seksyen 71
Pelanggaran tidak menjejaskan kontrak, perjanjian atau perkiraan
of Akta 627
ActRepealedProvision 71 of 77
Seksyen 71
(1)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Akta ini, atau menurut mana-mana peruntukan Akta ini, tiada kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini boleh menjadi tidak sah semata-mata oleh sebab pelanggaran itu.
(2)
Subseksyen (1) tidaklah menjejaskan apa-apa liabiliti jenayah mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini berkenaan dengan pelanggaran itu.