Permulaan · Repealed · Bahagian VII · Pelbagai
75. Peruntukan seksyen 73 tidak terpakai bagi penzahiran apa-apa maklumat atau dokumen—
Feedback & supportPenzahiran lain yang dibenarkan
yang pada masa penzahiran itu boleh, atau sudah dijadikan boleh, didapati dengan sah oleh orang ramai daripada mana-mana sumber selain pengendali atau pengeluar;
yang dalam bentuk ringkasan, gabungan, agregat atau kumpulan maklumat yang dinyatakan dengan sebegitu cara sehingga tidak membolehkan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana peserta tertentu atau mana-mana pengguna tertentu sesuatu instrumen pembayaran dikenal pasti daripadanya;
yang pelanggan, atau wakil peribadinya, telah memberikan kebenaran bertulis untuk dizahirkan;
jika penzahiran sedemikian dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini;
jika penzahiran itu dibenarkan secara bertulis oleh Bank; atau
jika penzahiran itu dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana mahkamah atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis.