Seksyen 73
Kerahsiaan
of Akta 627
Tiada pengarah atau pegawai mana-mana pengendali atau pengeluar, sama ada sepanjang tempoh jawatannya, atau sepanjang tempoh pekerjaannya, atau selepas itu, boleh memberikan, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang tentang, apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan mana-mana peserta sesuatu sistem pembayaran atau pengguna sesuatu instrumen pembayaran.
(2)
Tiada seorang pun yang kerana apa-apa sebab, mempunyai dengan apa-apa cara akses kepada mana-mana rekod, buku, daftar, surat-menyurat, atau dokumen lain, atau bahan, yang berhubungan dengan hal ehwal atau, khususnya, akaun, mana-mana pengendali sistem pembayaran ditetapkan yang tertentu, peserta sesuatu sistem pembayaran atau pengguna sesuatu instrumen pembayaran, boleh memberikan, mengemukakan, membuka, mendedahkan, menyiarkan atau selainnya menzahirkan kepada mana-mana orang, atau membuat suatu rekod bagi mana-mana orang tentang, apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pengendali sistem pembayaran yang ditetapkan, peserta sistem pembayaran atau pengguna instrumen pembayaran itu.
(3)
Tiada seorang pun yang mempunyai maklumat atau dokumen yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (2) atau (3) boleh dengan apa-apa cara menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.