Seksyen 105
Pengkompaunan kesalahan
of Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007
(1)
Agensi boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, membuat tawaran secara bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh dikompaun di bawah
Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Agensi suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan.
(3)
Jika amaun yang dinyatakan dalam subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Agensi, pendakwaan bagi kesalahan itu bolehlah dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat dan jika pemilikan telah diambil terhadap mana-mana buku, rekod atau dokumen lain atau apa-apa barang lain, buku, rekod atau dokumen atau barang lain itu boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan mengikut syarat-syarat kompaun.
(5)
Amaun wang yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan
Wang Disatukan.