Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XV · Pelbagai
Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XV · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang difikirkan perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—
menetapkan cara memohon akreditasi sementara atau akreditasi di bawah Akta ini, butir-butir yang hendaklah dibekalkan oleh pemohon, cara akreditasi dan syarat-syarat yang hendaklah dikenakan;
78
Undang-Undang Malaysia
menetapkan borang bagi maksud Akta ini;
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara memungut dan membayar fi dan caj itu;
menetapkan rekod dan dokumen yang hendaklah disimpan dan penyata yang hendaklah dikemukakan;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mentadbir Kumpulan Wang;
menetapkan tatacara dan kesalahan yang boleh dikompaun;
mengadakan pengawalseliaan semua atau mana-mana aktiviti Agensi dan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Agensi di bawah Akta ini;
mengadakan apa-apa perkara lain yang dijangkakan oleh, atau yang perlu untuk menguatkuasakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran sewajarnya peruntukan itu.