Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XVI
Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian XVI
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum hari ditetapkan dan menyentuh apa-apa harta yang dipindahmilikkan di bawah seksyen 117 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan sepenuhnya terhadap atau memihak kepada Agensi dan bolehlah dikuatkuasakan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah, sebagai ganti Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga, Agensi telah dinamakan dalamnya atau menjadi pihak kepadanya.