Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bab 5
69. Pembatalan akreditasi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi dengan persetujuan badan pengawal selia boleh, pada bila-bila masa, membatalkan perakuan akreditasi yang diberikan kepada pemberi pendidikan tinggi di bawah perenggan 66(3)—
jika pemberi pendidikan tinggi itu gagal untuk mematuhi
Kerangka atau mana-mana bahagiannya; atau
jika pemberi pendidikan tinggi itu melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan itu.
Agensi Kelayakan Malaysia 53
Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan perakuan akreditasi hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.
Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).
Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi hendaklah—
mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi berpuas hati dalam masa yang ditentukan;
atau
meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan perakuan akreditasi itu.
Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),
Agensi boleh meneruskan untuk membatalkan perakuan akreditasi.
Jika perakuan akreditasi telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Bab 6
Bab 7
Bahagian IX
Penilaian Kelayakan Lain
Bahagian X
Audit Institusi
Bahagian XI
Daftar Kelayakan Malaysia
Bahagian XII
Rayuan
Bab
Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k
Bahagian XIII
Penguatkuasaan dan Penyiasatan
Bahagian XIV
Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV