Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bab 5

70. Mendaftarkan program dan kelayakan latihan kemahiran yang diakredit

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), pemberi pendidikan tinggi boleh memohon kepada Agensi untuk pendaftaran program atau kelayakannya yang telah diakredit oleh mana-mana badan pengawal selia yang mengawal selia pembangunan kemahiran di bawah mana-mana undang-undang bertulis tentang kemahiran tertentu mengikut bentuk dan cara yang ditetapkan.

54

Undang-Undang Malaysia

(2)

Agensi boleh, apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), mendaftarkan program atau kelayakan itu dalam

Daftar selepas berpuas hati bahawa program atau kelayakan itu mematuhi Kerangka.

(3)

Selepas pendaftaran program atau kelayakan itu, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan akreditasi selepas dibayar fi yang ditetapkan dan perakuan itu hendaklah menyatakan program dan menjelaskan premis tempat program itu hendak dijalankan atau dimajukan.

(4)

Setelah berunding dengan badan pengawal selia yang berkenaan Agensi boleh, pada masa atau pada bila-bila masa selepas mengeluarkan suatu perakuan akreditasi, mengenakan apa-apa syarat yang disifatkannya perlu atau suai manfaat dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan mana-mana syarat itu atau mengenakan syarat baharu atau tambahan dari semasa ke semasa.

(5)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana program atau kelayakan di bawah subseksyen 65(1).

Report

Bab 6

Bab 7

Bahagian IX

Penilaian Kelayakan Lain

Bahagian X

Audit Institusi

Bahagian XI

Daftar Kelayakan Malaysia

Bahagian XII

Rayuan

Bab

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules