Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bab 6

73. Pembatalan pendaftaran

(1)

Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, boleh, pada bila-bila masa membatalkan pendaftaran yang diberikan kepada apa-apa program atau kelayakan di bawah subseksyen 72(3) jika pemberi pendidikan tinggi melanggar mana-mana syarat yang dilampirkan pada perakuan akreditasi.

(2)

Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran hendaklah disampaikan kepada pemberi pendidikan tinggi dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi pembatalan itu.

Agensi Kelayakan Malaysia 57

(3)

Pemberi pendidikan tinggi itu hendaklah diberi peluang untuk membuat representasi bertulis dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis dalam subseksyen (2).

(4)

Selepas tamat tempoh tiga puluh hari yang dinyatakan dalam subseksyen (3) dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen itu, Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan, hendaklah—

(a)

mengeluarkan amaran dan memberikan arahan supaya pemberi pendidikan tinggi itu membetulkan keadaan sehingga Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati dalam masa yang ditentukan; atau

(b)

meneruskan dengan cadangan tindakan untuk membatalkan pendaftaran itu.

(5)

Jika pemberi pendidikan tinggi gagal untuk membetulkan keadaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan (4)(a),

Agensi atau, dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, atas nasihat badan profesional yang berkenaan, boleh meneruskan untuk membatalkan pendaftaran itu.

(6)

Jika pendaftaran telah dibatalkan, Agensi hendaklah memasukkan tarikh pembatalan itu ke dalam Daftar dan hendaklah memberikan notis pembatalan itu kepada pihak berkuasa berkenaan.

(7)

Pemberi pendidikan tinggi hendaklah menyerahkan perakuan akreditasi yang dikeluarkan di bawah subseksyen 72(5)

kepada Agensi dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pembatalan.

Report

Bab 7

Bahagian IX

Penilaian Kelayakan Lain

Bahagian X

Audit Institusi

Bahagian XI

Daftar Kelayakan Malaysia

Bahagian XII

Rayuan

Bab

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules