Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2017Read it in English
Contents

Bahagian IX · Penilaian Kelayakan Lain

79. Penilaian

(1)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen 78(1), Agensi atau dalam hal suatu program profesional atau kelayakan profesional, badan profesional yang berkenaan hendaklah menilai program atau kelayakan itu dan boleh memperakui program atau kelayakan itu sebagai setara dengan program atau kelayakan dalam Kerangka.

(2)

Bagi maksud penilaian di bawah subseksyen (1), Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang memberikannya apa-apa maklumat dan butir sebagaimana yang dikehendaki untuk memutuskan permohonan;

(b)

berusaha sama, bekerjasama atau menyelaraskan dengan mana-mana orang, termasuk agensi kerajaan, pemberi pendidikan tinggi, badan pelajar, kakitangan akademik, badan jaminan kualiti dan akreditasi, badan profesional dan majikan; dan

(c)

menubuhkan suatu jawatankuasa bagi maksud menimbangkan, menentusahkan dan membuat syor atas permohonan itu.

(3)

Jika Agensi atau badan profesional yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, memperakui program atau kelayakan itu sebagai setara dengan kelayakan dalam Kerangka, Agensi hendaklah mengeluarkan perakuan kesetaraan, mengikut bentuk sebagaimana yang ditetapkan, kepada pemohon selepas dibayar fi yang ditetapkan.

(4)

Tiada tindakan boleh diambil terhadap Agensi, badan profesional yang berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif atau terhadap mana-mana pegawai Agensi jika perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) tidak diterima bagi maksud pekerjaan atau bagi kemasukan untuk pendidikan lanjut.

62

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian X

Audit Institusi

Bahagian XI

Daftar Kelayakan Malaysia

Bahagian XII

Rayuan

Bab

Bab 2 Bahagian VIII, boleh merayu secara bertulis kepada Jawatankuasa Rayuan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keengganan atau pembatalan itu disampaikan k

Bahagian XIII

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XIV

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XV

Pelbagai

Bahagian XVI

Schedules