Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

27. Section 27

(1)

Tiada seorang pun wajib menerima pelantikan sebagai pemegang amanah tetapi jika sesuatu syarikat amanah yang dilantik sebagai pemegang amanah melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubungan dengan harta amanah itu yang selaras dengan status pemegang amanah harta amanah itu, maka syarikat amanah itu hendaklah disifatkan telah menerima pelantikan sebagai pemegang amanah.

(2)

Sesuatu syarikat amanah yang tidak menerima atau yang tidak disifatkan telah menerima pelantikan sebagai pemegang amanah boleh menolak pelantikan itu dalam tempoh masa yang munasabah selepas ia sedar tentang pelantikan itu dengan memberikan suatu notis bertulis kepada pembuat amanah atau kepada pemegang amanah yang lain.

(3)

Jika pembuat amanah mati atau tidak dapat ditemui atau tidak wujud lagi dan tiada pemegang amanah lain, maka syarikat amanah yang menolak pelantikan sebagai pemegang amanah di bawah subseksyen (2) boleh memohon kepada Mahkamah supaya direliefkan daripada pelantikan itu dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut.

Report