Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

28. Peletakan jawatan sebagai pemegang amanah

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan terma amanah, seseorang pemegang amanah boleh meletakkan jawatan dengan menyerahkan kepada—

(a)

pembuat amanah atau, jika tiada pembuat amanah, sekurang-kurangnya seorang benefisiari; dan

(b)

dalam hal amanah luar pesisir berdaftar, Lembaga, suatu notis bertulis tentang niatnya itu dan peletakan jawatan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada masa notis itu diserahkan.

(2)

Sesuatu peletakan jawatan tidak berkuat kuasa jika—

(a)

ia diberikan untuk memudahkan suatu pecah amanah; atau 40 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(b)

ia akan mengakibatkan tidak ada pemegang amanah, melainkan jika, sebelum peletakan jawatan itu mula berkuat kuasa, permohonan dibuat kepada Mahkamah bagi pelantikan seorang pemegang amanah yang baru dan seorang pemegang amanah yang baru telah dilantik.

Report