Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

29. Kekosongan dalam sesuatu amanah

(1)

Seseorang pemegang amanah hendaklah terhenti menjadi pemegang amanah dan tempatnya sebagai pemegang amanah hendaklah dianggap kosong apabila—

(a)

dia dipecat sebagai pemegang amanah oleh Mahkamah;

(b)

peletakan jawatannya mula berkuat kuasa;

(c)

mula berkuat kuasa suatu peruntukan dalam terma amanah yang di bawahnya pemegang amanah itu dipecat daripada jawatannya atau selainnya terhenti memegang jawatan; atau

(d)

langkah-langkah diambil bagi penggulungan syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah.

(2)

Seseorang yang terhenti menjadi pemegang amanah di bawah seksyen ini hendaklah melakukan segala yang perlu untuk meletakhakkan harta amanah pada pemegang amanah baru atau kepada pemegang amanah yang menakat atau yang berterusan.

Report