Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

31. Kewajipan pemegang amanah bersama

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2) dan terma amanah, jika ada lebih daripada seorang pemegang amanah, semua pemegang amanah itu hendaklah—

(a)

bertindak bersesama dalam melaksanakan kewajipan mereka dan menjalankan kuasa mereka; dan

(b)

tidak menjalankan apa-apa kuasa atau budi bicara melainkan jika semua pemegang amanah bersetuju.

(2)

Jika terma amanah itu memberi pemegang amanah kuasa untuk bertindak secara majoriti, seseorang pemegang amanah yang tidak setuju dengan keputusan majoriti pemegang amanah itu hendaklah merekodkan ketidaksetujuannya secara bertulis.

Report