Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemegang Amanah bagi Amanah Labuan

33. Kuasa pemegang amanah

(1)

Tertakluk kepada terma amanah dan peruntukan Akta ini, seseorang pemegang amanah hendaklah mempunyai semua kuasa pemunya benefisial berhubungan dengan harta amanah.

(2)

Seseorang pemegang amanah hendaklah menjalankan kuasanya demi kepentingan benefisiari dan mengikut terma amanah itu dan peruntukan Akta ini.

(3)

Seseorang pemegang amanah boleh, melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam terma-terma amanah itu—

(a)

menginsuranskan apa-apa harta yang tertakluk kepada amanah itu terhadap risiko kehilangan atau kerugian berbangkit daripada apa-apa kejadian; dan

(b)

membayar premium daripada apa-apa pendapatan atau wang modal amanah itu.

Report