Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelbagai

48. Kelulusan transaksi tertentu

Jika dalam pengurusan atau pentadbiran sesuatu amanah, sesuatu transaksi adalah pada pendapat Mahkamah suai manfaat, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan kerana kuasa yang perlu tidak diletakhakkan pada pemegang amanah oleh terma amanah atau oleh undang-undang, Mahkamah boleh, atas permohonan pemegang amanah atau benefisiari—

(a)

memberi pemegang amanah, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal keadaan tertentu, kuasa yang perlu, atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat jika ada, sebagaimana yang didapatinya patut; dan

(b)

mengarahkan cara untuk dan harta yang daripadanya apa-apa wang yang dibenarkan untuk dibelanjakan, dan kos apa-apa transaksi, hendaklah dibayar atau ditanggung.

Report