Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelbagai

61. Section 61

(1)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kesahihan atau kesahan apa-apa amanah yang ada di Labuan yang berbangkit daripada sesuatu dokumen atau pelupusan yang dilaksanakan atau berkuat kuasa, atau apa-apa tindakan yang diambil atau dibuat berhubungan dengan mana-mana amanah sedemikian sebelum Akta ini mula berkuat kuasa.

(2)

Jika, sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, suatu amanah telah ditubuhkan atau diwujudkan di Labuan, pembuat amanah, jika dia masih hidup atau wujud, atau dalam apa-apa hal lain, benefisiari dan pemegang amanah termasuk mana-mana pelindung, boleh, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, meminda atau mengubah amanah itu supaya ia menepati peruntukan

Akta ini dan apabila pindaan atau perubahan sedemikian dibuat amanah itu hendaklah disifatkan telah diwujudkan mengikut atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini.

Report