Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Pelbagai
49. Kuasa am Mahkamah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pemegang amanah boleh memohon kepada
Mahkamah bagi mendapatkan arahan berkenaan dengan cara bagaimana dia boleh atau patut bertindak berkaitan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan amanah itu dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah, jika ada, sebagaimana yang didapatinya patut.
Mahkamah juga boleh, jika didapatinya patut—
membuat suatu perintah berkenaan dengan—
pelaksanaan atau pentadbiran apa-apa amanah;
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
pemegang amanah apa-apa amanah, termasuk suatu perintah yang berhubungan dengan penjalanan apa-apa kuasa, budi bicara atau kewajipan pemegang amanah, pelantikan atau pemecatan pemegang amanah, saraan pemegang amanah, pengemukaan akaun, tingkah laku pemegang amanah dan apa-apa bayaran kepada mahkamah;
mana-mana benefisiari atau mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kaitan dengan amanah itu; atau
apa-apa harta amanah, termasuk suatu perintah tentang peletakhakan, pemeliharaan, penggunaan, penyerahan atau perolehan kembalinya;
membuat suatu perisytiharan tentang kesahan atau kebolehkuatkuasaan sesuatu amanah;
menghapuskan atau mengubah apa-apa perintah atau perisytiharan yang dibuat di bawah Akta ini, atau membuat apa-apa perintah atau perisytiharan baru atau lanjut.
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah atau perisytiharan di bawah subseksyen (2) boleh dibuat oleh pemegang amanah atau mana-mana benefisiari.
Semua prosiding selain prosiding jenayah yang berhubungan dengan mana-mana amanah Labuan yang dimulakan dalam mana-mana mahkamah hendaklah, melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya, didengar in camera dan tiada butir-butir prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa kebenaran mahkamah.
Jika Mahkamah membuat perintah bagi pelantikan seorang pemegang amanah, ia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut, termasuk syarat tentang peletakhakan harta amanah.
Tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah, seorang pemegang amanah yang dilantik oleh Mahkamah di bawah seksyen
Amanah Labuan 85
ini hendaklah mempunyai kuasa, budi bicara dan kewajipan yang sama seolah-olah dia telah dilantik sebagai pemegang amanah sejak asal.