Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelbagai

51. Perlindungan bagi orang yang berurusan dengan pemegang amanah

(1)

Seseorang pembeli bona fide dengan nilai tanpa notis sebenar tentang apa-apa pecah amanah—

(a)

boleh berurusan dengan seseorang pemegang amanah berhubungan dengan harta amanah seolah-olah pemegang amanah itu ialah pemunya benefisial harta amanah itu; dan

(b)

tidak tersentuh oleh amanah yang untuknya harta itu dipegang.

(2)

Tiada seorang pun yang membayar atau mendahulukan wang kepada pemegang amanah berhak untuk memastikan bahawa wang itu dikehendaki bagi maksud amanah itu, atau bahawa tidak lebih daripada apa yang diperlukan adalah diperdapatkan, atau selainnya tentang kesesuaian transaksi atau penggunaan wang itu.

Report