Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Pelbagai
52. Had masa tindakan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tiada tempoh had masa atau sekatan di bawah mana-mana undang-undang boleh terpakai bagi sesuatu tindakan yang diambil terhadap seorang pemegang amanah—
berkenaan dengan apa-apa fraud atau pecah amanah jenayah yang pemegang amanah atau, dalam hal suatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
amanah, mana-mana pegawai atau pekerjanya menjadi suatu pihak kepadanya atau tahu tentangnya; atau
bagi mendapatkan semula daripada pemegang amanah, atau dalam hal syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah, mana-mana pegawai atau pekerjanya, harta amanah atau hasil daripadanya dalam milikan atau kawalannya atau yang diterima olehnya sebelum itu dan diambil untuk kegunaannya.
Tertakluk kepada subseksyen (1), tiada tindakan boleh diambil terhadap seorang pemegang amanah oleh seseorang benefisiari bagi apa-apa pecah amanah selepas tamat tempoh tiga tahun—
bermula dari tarikh penyerahan akaun terakhir amanah kepada benefisiari itu; atau
bermula dari tarikh benefisiari itu mula-mula tahu tentang berlakunya pecah amanah itu, mengikut mana-mana tarikh yang lebih dahulu.
Jika benefisiari ialah seorang orang belum dewasa atau seorang yang tidak upaya di sisi undang-undang, tempoh yang disebut dalam subseksyen (2) tidaklah mula berjalan sehingga hari benefisiari itu terhenti menjadi orang belum dewasa atau ketidakupayaan di sisi undang-undang terhenti.
Tempoh yang disebut dalam seksyen ini hendaklah terhenti jika suatu tuntutan atau tindakan difailkan dalam mahkamah yang kompeten dan disampaikan kepada pemegang amanah sebelum tamat tempoh itu.