Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian III
14. Section 14
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kesalahan pemerdagangan kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental
Mana-mana orang, yang memperdagangkan orang yang merupakan seorang kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan *pemenjaraan seumur hidup atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
Dalam suatu pendakwaan bagi kesalahan di bawah seksyen ini, cara yang digunakan terhadap orang yang diperdagangkan yang merupakan seorang kanak-kanak atau seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental adalah tidak relevan dan bukanlah menjadi satu kehendak untuk dibuktikan.
*CATATAN—Sebelum ini “pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun, dan boleh juga didenda”–lihat subseksyen 6(c)(iii) Akta Antipemerdagangan
Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2022 [Akta A1644] m.b.p 22 Februari 2022.
Undang-Undang Malaysia 24
Bahagian IV
Penguatkuasaan
Bahagian V
Bahagian VI