Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian III
Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 · Updated to 30 Sep 2025 · Bahagian III
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Orang yang diperdagangkan tidak boleh dikenakan pendakwaan jenayah berkenaan dengan—
kemasukan secara haram orang itu ke dalam negara penerima atau negara transit;
tempoh pemastautinan orang itu yang tidak sah di negara penerima atau negara transit; atau
pemerolehan atau pemilikan apa-apa dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud yang diperolehnya, atau apa-apa dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud yang dibekalkan kepadanya, bagi maksud memasuki negara penerima atau negara transit, jika perbuatan sedemikian adalah akibat langsung daripada suatu perbuatan pemerdagangan orang yang dikatakan dilakukan atau telah dilakukan.
Bahagian IV
Bahagian VI