Skip to content
In forceUpdated to 30 Sep 2025Read it in English
Contents

Bahagian III

21. Menyediakan perkhidmatan bagi maksud pemerdagangan orang

(1)

Mana-mana orang yang, secara langsung atau tidak langsung, menyediakan atau mengadakan perkhidmatan atau kemudahan kewangan—

(a)

dengan niat bahawa perkhidmatan atau kemudahan itu akan digunakan, atau mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa perkhidmatan atau kemudahan itu akan digunakan, secara keseluruhan atau sebahagian, bagi maksud melakukan atau memudahkan pelakuan suatu perbuatan pemerdagangan orang, atau bagi maksud memanfaatkan mana-mana orang yang melakukan atau memudahkan pelakuan suatu perbuatan pemerdagangan orang; atau

(b)

dengan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa, secara keseluruhan atau sebahagian, perkhidmatan atau kemudahan itu akan digunakan oleh atau akan memanfaatkan mana-mana orang yang terlibat dalam suatu perbuatan pemerdagangan orang, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun, dan boleh juga didenda.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), “perkhidmatan atau kemudahan kewangan” termasuklah perkhidmatan atau kemudahan yang ditawarkan oleh peguam atau akauntan yang bertindak sebagai penama atau ejen kepada klien mereka.

Antipemerdagangan Orang dan

Antipenyeludupan Migran 2007 27

Report