Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2024Read it in English

Bahagian III · Permintaan Kepada Malaysia

17. Negara asing yang ditetapkan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh, bagi maksud Bahagian ini, melalui perintah mengisytiharkan suatu Negara asing sebagai suatu Negara asing yang ditetapkan jika suatu triti atau perjanjian lain antara Malaysia dengan

Negara asing itu sedang berkuat kuasa yang di bawahnya Negara asing itu telah bersetuju untuk memberikan bantuan dalam perkara jenayah kepada Malaysia.

(2)

Sesuatu perintah di bawah subseksyen

(1)

boleh memperuntukkan bahawa peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai bagi Negara asing itu tertakluk pada apa-apa sekatan, had, kekecualian, ubah suaian, penyesuaian, syarat atau batasan yang dinyatakan dalam perintah itu, dan dalam keadaan sedemikian peruntukan-peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya.

(3)

Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkiraan yang disebut dalam perintah itu mematuhi Akta ini, dan bahawa Akta ini terpakai dalam hal Negara asing yang disebut dalam perintah itu, dan kesahan perintah itu tidak boleh dipersoalkan dalam apa-apa prosiding undang-undang.

(4)

Menteri boleh melalui suatu perintah kemudiannya mengubah atau membatalkan mana-mana perintah yang dibuat sebelum ini di bawah seksyen ini.

Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 25

Report