Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 · Updated to 1 Sep 2024 · Bahagian III · Permintaan Kepada Malaysia
36. Waran geledah
Feedback & supportAtas permohonan yang disebut dalam seksyen 35, mahkamah boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa seseorang pegawai diberi kuasa untuk memasuki dan menggeledah premis yang ditentukan oleh Peguam Negara jika mahkamah berpuas hati bahawa—
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 621
perintah yang dibuat di bawah seksyen 23 berhubung dengan apa-apa benda di premis itu tidak dipatuhi; atau
syarat-syarat dalam subseksyen (2) telah dipenuhi.
Syarat-syarat yang disebut dalam perenggan (1)(b) ialah—
bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa orang yang dinyatakan dalam permintaan itu telah melakukan atau telah mendapat manfaat daripada suatu kesalahan berat asing;
bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa benda yang dengannya permohonan itu berkaitan—
adalah berkenaan dengan perkara jenayah yang berkenaan dengannya permohonan itu dibuat; dan
tidak terdiri daripada atau termasuk butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang; dan
bahawa mahkamah berpuas hati bahawa tidaklah bertentangan dengan kepentingan awam jika waran itu dikeluarkan.
Waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan oleh mahkamah dalam waran itu.