Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2024Read it in English

Bahagian III · Permintaan Kepada Malaysia

25. Kekebalan kerana mematuhi perintah pengemukaan

Feedback & support
(1)

Tiada tindakan sivil atau jenayah, selain tindakan jenayah bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 26, boleh dibawa terhadap mana-mana orang kerana—

(a)

mengemukakan atau memberikan akses kepada apa-apa benda jika orang itu telah mengemukakan atau memberikan akses kepada benda itu dengan suci hati kerana

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 621

mematuhi suatu perintah yang dibuat terhadapnya di bawah seksyen 23; atau

(b)

melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan jika orang itu telah melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu dengan suci hati dan sebagai akibat mematuhi perintah sedemikian.

(2)

Seseorang yang mematuhi perintah yang dibuat di bawah seksyen 23 tidak boleh dianggap telah melanggar apa-apa sekatan atas penzahiran maklumat atau benda itu yang dikenakan oleh undang-undang, kontrak atau kaedah kelakuan profesional.

Report