Seksyen 38
Kekebalan kerana mematuhi waran geledah
of Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
Tiada tindakan sivil atau jenayah boleh dibawa terhadap mana-mana orang kerana—
(a)
mengemukakan atau memberikan akses kepada apa-apa benda jika orang itu telah mengemukakan atau memberikan akses kepada benda itu dengan suci hati kerana mematuhi suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 36; atau
(b)
melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan jika dia telah melakukan atau tidak melakukan perbuatan itu dengan suci hati dan sebagai akibat mematuhi waran sedemikian.
(2)
Seseorang yang mematuhi waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 36 tidak boleh dianggap telah melanggar apa-apa sekatan atas penzahiran apa-apa maklumat atau benda itu yang dikenakan oleh undang-undang, kontrak atau kaedah kelakuan profesional.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 621