Seksyen 37
of Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
Seksyen 37
Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah memasuki premis dalam melaksanakan suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen 36, dia boleh menyita dan menyimpan apa-apa benda yang dinyatakan dalam waran itu, selain butiran yang tertakluk pada keistimewaan undang-undang.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 51
(2)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh mengambil gambar atau membuat salinan apa-apa benda yang disita di bawah subseksyen (1).
(3)
Jika seseorang pegawai diberi kuasa menyita apa-apa benda atau mengambil gambar atau membuat salinan apa-apa benda di bawah suatu waran, dia hendaklah memaklumkan Peguam Negara dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Peguam Negara, dengan segera menghantar benda atau gambar atau salinan benda itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan Negara asing yang ditetapkan yang berkenaan.
(4)
Mana-mana orang yang menggalang atau menghalang pegawai diberi kuasa melaksanakan waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.