Seksyen 29
Jagaan orang dalam perjalanan
of Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
Orang yang dalam jagaan di suatu Negara asing yang ditetapkan dan yang telah bersetuju untuk memberikan keterangan atau bantuan berhubung dengan suatu perkara jenayah di suatu
Negara asing yang ditetapkan yang lain boleh dibawa melalui
Malaysia, dalam jagaan orang lain, ke Negara asing yang ditetapkan yang lain itu, jika Negara asing yang ditetapkan yang mula-mula disebut itu memberi notis terlebih dahulu mengenai perkara itu kepada Peguam Negara.
(2)
Orang yang dibawa melalui Malaysia dalam jagaan boleh, jika pesawat terbang, kenderaan air atau kereta api yang membawa orang itu mendarat atau berlabuh atau berhenti di Malaysia, ditahan dalam jagaan mana-mana pegawai diberi kuasa yang diarahkan oleh
Peguam Negara secara bertulis sehingga perjalanannya diteruskan.
Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 43
(3)
Jika—
(a)
seseorang yang ditahan dalam jagaan menurut suatu arahan di bawah subseksyen (2); dan
(b)
perjalanan orang itu, pada pendapat Peguam Negara, tidak diteruskan dalam tempoh masa yang munasabah,
Peguam Negara boleh mengarahkan supaya orang itu dibawa dalam jagaan ke Negara asing yang ditetapkan yang darinya orang itu mula-mula dibawa, dan arahan sedemikian hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi pemindahan orang itu dari Malaysia dengan apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Peguam Negara.
(4)
Segala kos dan perbelanjaan yang ditanggung oleh Malaysia berkenaan dengan subseksyen (2) dan (3) hendaklah dibayar balik oleh Negara asing yang ditetapkan yang darinya orang itu mula-mula dibawa.