Seksyen 30
Melarikan diri daripada jagaan semasa dalam perjalanan
of Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
Mana-mana orang yang, sebagai orang yang ditahan dalam jagaan menurut suatu arahan di bawah subseksyen 29(2), melarikan diri daripada jagaan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, tanpa waran, menangkap seseorang jika pegawai diberi kuasa itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu merupakan orang yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Orang yang telah ditangkap di bawah seksyen ini hendaklah dikembalikan kepada jagaan mengikut Akta ini.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 621