Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 · Updated to 1 Sep 2024 · Bahagian III · Permintaan Kepada Malaysia
41A. Pemakaian undang-undang bertulis lain
Feedback & support(1)
Dalam memberikan bantuan dalam perkara jenayah di bawah Bahagian ini, peruntukan undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan kuasa pegawai diberi kuasa hendaklah terpakai setakat peruntukan itu tidak bercanggah dengan Akta ini.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), perlindungan dan kekebalan yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa itu dalam melaksanakan kuasa di bawah undang-undang bertulis lain itu hendaklah terpakai bagi pegawai diberi kuasa itu.