Skip to content

Seksyen 12

Talian bekalan dan kelengkapan lain di atas tanah Negeri

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 12 of 57
Seksyen 12
(1)

Tertakluk pada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkan wajar oleh Pihak

Berkuasa Negeri, sesuatu lesen boleh meliputi untuk membenarkan pemegang lesen meletakkan, menempatkan atau membawa, di atas, di bawah atau melewati tanah Negeri, talian bekalan itu dan mendirikan dan menyenggarakan di dalam atau di atas tanah Negeri apa-apa tiang dan kelengkapan lain sebagaimana yang didapati perlu atau patut oleh Suruhanjaya bagi maksud pepasangan berlesen.

(2)

Segala kelengkapan yang ditempatkan dalam atau atas tanah

Negeri yang tidak dialihkan daripadanya dalam masa enam bulan, atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Negeri, selepas habisnya tempoh atau penamatan awal lesen yang di bawah kebenarannya kelengkapan itu ditempatkan sedemikian, hendaklah terletak hak pada dan menjadi harta Kerajaan

Negeri yang dalamnya kelengkapan itu terletak.