Skip to content

Seksyen 10

Kuasa untuk memasuki dan memeriksa teliti tanah

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 10 of 57
Seksyen 10
(1)

Bilamana ternyata pada pemegang lesen bahawa akan menjadi perlu baginya untuk menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah selain tanah Negeri bagi maksud membina suatu pepasangan atau sebahagian daripada suatu pepasangan, pemegang lesen atau mana-mana orang diberi kuasa oleh pemegang lesen bagi maksud itu boleh, selepas memberikan notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam kepada penduduk tanah itu, jika ada, memasuki tanah itu, membuat pengukuran dan mengambil aras dan melakukan segala perbuatan lain yang perlu untuk memastikan kesesuaian tanah, setakat yang mungkin tanpa menyebabkan kerosakan atau gangguan.

(2)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan mana-mana orang memotong atau membuang apa-apa tumbuhan atau apa-apa pagar atau binaan lain atau memasuki mana-mana bangunan atau apa-apa kepungan yang dipasang pada mana-mana bangunan.

(3)

Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1)

boleh diberikan kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang itu, kepada Pentadbir Tanah Daerah.