Skip to content

Seksyen 16

Pampasan

of Akta Bekalan Elektrik 1990

ActIn forceProvision 16 of 57
Seksyen 16
(1)

Amaun pampasan, jika ada, yang kena dibayar di bawah seksyen 11 atau 13 hendaklah ditaksirkan oleh Pentadbir Tanah

Daerah selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya mencukupi. Taksiran itu hendaklah pada sebahagian besarnya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga:

Dengan syarat selanjutnya bahawa tiada pampasan kena dibayar oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa pokok dalam jarak lima puluh kaki dari garis tengah sesuatu jalan yang dibina atau disenggarakan oleh Kerajaan Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan melainkan jika dibuktikan bahawa pokok itu telah sedia ada sebelum pembinaan jalan itu.

(2)

Mana-mana orang yang terkilan dengan taksiran Pentadbir

Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas taksiran itu merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.